By: Sarah Rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Apr-2008 15:24 Email | Share | Bookmark
KHAYLSH NAJLAA BT. AHMAD LOTFI...Our sweet little miracle...

Salam semua...20 Apr yg lepas baru je balik dari Penang, sampai rumah sibuk plak dengan operasi mengemas rumah yg dah ditinggalkan dekat 2 bulan ( hmmm paham2 jelah...skit lagi nak histeria )

Alhamdulillah semua nya sihat ibu,papa dan baby Khalysh sihat2 belaka....sorry lama sgt baru dpt mengupdate pic2 Khalysh Banyak gak nak update ni...apa pun kita mulakan dengan...

Kronologi kelahiran Khalysh Najlaa
Jam 11 mlm 28 Feb 2008:
Ibu bagi tau kat papa rasa mcm baby ni dah sarat sgt dah ni lagi sebulan lagi nak tahan ni, papa senyum je 'biasa la tu papa pun dulu mcm tu gak…' ih papa ni buat lawak lak, papa siap pesan kat Khalysh 'baby nak kluaq nnt kuaq elok2 tau' Ibu senyum je, dlm hati mendoakan yang baik2 belaka untuk Khalysh. Khalysh pulak tgh tendang2 perut ibu kuat2 'Jgn tendang kuat2 sayang...ibu nak tido ni...'

Jam 5 pagi 29 Feb 2008:
Ibu bangun nak gi toilet, tetiba je ada byk air keluar, panic kejap igt terkencing atas katil tapi pelik jugak nape byk sgt, ibu kejutkn papa nak salin cadar, papa pun pelik cemana la leh kencing atas katil ih ih ih…Ibu saspen gak, tapi awal lagi ni 5 minggu lagi, tanda2 je kut...since tak de rasa sakit apa2 ibu pun tunggula smpai pagi. Dah pagi papa bwk ibu gi jumpa doctor.

Jam 10 pagi 29 Feb 2008:
Ibu ngan papa sampai kat Naluri Med Ctr, ish ramai nya org…smbil menunggu tu terasa ada lg air kuar, 2 hari lepas baru je dtg cek Khalysh dlm perut ni, doctor Kay cakap suma ok sihat. So tunggu punya tunggu dlm kul 11 baru dpt jumpa doctor. Masuk2 trus doctor trus cek, dah 1 cm dah!! Doktor cakap 'Sarah u have to deliver ur baby by today!! Doktor ckp sbb air ketuban dah kuar byk, nnt takut baby Khalysh lemas. Muka papa dah pucat dah, ibu plak cam mimpi2 je dgr doctor cakap kena besalin hari ni, mcm tak caya saat yg ditunggu2 dah tiba, biar betul awal 5 minggu nih…masa ni ibu dah start rasa mild contraction skit2. Tapi ibu rilek je lagi…papa dah tak ketahuan dah…Doctor cakap baby Khalysh sihat tapi slightly premature sbb awal 5 minggu dan berat Khalysh cuma 2 kg je, so mcm kat border line la utk premature dan full term baby...kalau 2-3 minggu awal tu ok lagi tu dah kira full term baby dah...Ya Allah peliharalah baby Khalysh, semoga segalanya diberkati dan dipermudah...Amin...


tag nama ibu

Jam 2 ptg 29 Feb 2008:
Lepas papa bwk ibu p makan tgh hari, ibu masuk bilik persiapan untuk bersalin, bedebar2 hati ni tak tahu apa nak dijangka, papa dah sibuk2 call mak tok ngan tok wan, balik umah siap2 kan brg2 ibu (nasib baik ibu dah packing suma dlm beg dah).


ecg utk dengar heartbeat baby

Jam 4 ptg 29 Feb 2008:
Nurse letakkan ECG kat perut ibu, ibu dengar heartbeat Khalysh buat pertama kalinya kuat sgt…mcm2 ibu rasa bercampur2 takut, saspen, xsabar mcm2 ada…. Nurse pun dah mulakan drip, ibu kena injet doctor ckp ni utk menguatkan paru2 Khalysh sbb Khalysh baby premature, sementara menunggu nak dimasukkan ke bilik besalin, papa sempat lagi jamu ibu makan tandoori ngan cheese nan , papa pesan ibu kena makan byk2 sat ni nak push2 tak dak tenaga…Ibu pun apa lagi pulun la makan kenyang2, beselera plak tu...hehe. Elok habis je makan nurse dah dtg nak bwk ibu masuk labour room, tak sempat ibu nak gosok2 gigi...mulut dah bau tandoori dah ni...(Smpai skang kalau tgk tandoori ngan cheese nan mesti tegelak terigt kat Khalysh)


labour room 2

Jam 6.00 ptg 29 Feb 2008:
Ibu kena masuk bilik besalin, masa ni contraction dah semakin kuat, bukaan pun dah 2cm. Ibu kuatkan semangat tahan sakit, papa teman ibu smbil gosok2 belakang ibu, nasib baik papa ada kalau tak ibu tak tau cemana nak tahan sakit. Rasa mcm pinggang nak putus pun ada...sambil2 gosok2 tu ibu control pernafasan (mcm dlm buku tu... ) tarik nafas pastu lepas setenang yg mungkin...sambil2 tu sempat lagi papa buat lawak teka teki utk menceriakan suasana la kunun-2 nya... Ok la kan...

Jam 8.00 mlm 29 Feb 2008:
Nurse dtg cek masih 2cm…tapi dah sakit sgt smpai tak leh nak cakap dah…mata pun dah tak leh bukak dah, dah tak leh nak layan lawak teka teki papa dah... dlm hati ibu berdoa byk2 semoga segala nya dipermudahkan oleh Allah. Papa bantu ibu dengan teknik pernafasan yang kunun2 nya ble bantu tahan sakit la. Tarik nafas…hembus…tarik lagi hembus…papa cakap ada bau tandoori daa…hehehe. Sabar je la papa...tahan je la bau tandoori tu...bukannya selalu...kan... Sayaang papa...


ibu tgh tahan sakit contraction

Jam 9.00 mlm 29 Feb 2008:
Alhamdulillah bukaan dah 4 cm dah, pastu nurse dtg bagi injection untuk percepatkan lagi bukaan serviks. Tak berani rasa nya nak tgk jam, kalau ibu tgk jam nnt rasa lama sgt sakit, ibu pejam je mata, papa duk gosok2 blakang...pastu ibu dgr nurse bwk masuk troli peralatan mcm2 bunyi dgr, alaaaa takut nya...tak nak tgk....

Jam 10.00 mlm 29 Feb 2008:
Bukaan dah 8 cm, aarghh sakitnya contraction tuhan je yang tahu, skang baru tahu mcmmana sakitnya bersalin. Bepeluh2 ibu tahan sakit, papa tlg lap2 kan muka ibu, pastu gosok2 blakang ibu, pastu ajar ibu tarik nafas. Dlm hati ibu mintak cepat2 la Khalysh kuar dah sakit sgt dah ni...'Ya Allah berilah aku kekuatan utk melahirkan Ya Allah...'

Jam 11.00 mlm 29 Feb 2008:
Ibu dah rasa Khalysh mcm nak kuar sgt2 dah, nurse mintak ibu bersabar tahan skit lagi…bertenang2…waaa cemana nak betenang ni…dah nak kuar sgt dah ni…papa pegang tgn ibu papa cakap sabar2…doctor ondaway skit je lagi. Ibu rasa cam nak 'pengsang' sgt2 tapi tak leh nak pengsan...kalau pengsan cemana Khalysh nak kuar kan?

Jam 11.25 mlm 29 Feb 2008:
Doctor Kay pun sampai siap dgn but tinggi mcm Pua Chu Kang, ibu jadi saspen papa pun sama, mcm nak sembelih lembu jer siap ngan apron besar, waa ngeri2... Ibu pejam je mata, papa pegang tgn ibu, pastu ibu dengar doctor cakap ‘Ok sarah u can push...’ Inilah saat yg ditunggu-tungu, ibu pun apa lagi tarik nafas dlm2 'Bismillahirrahmanirrahim...' trus push sekuat hati 'Earghh!!'. Ibu dpt rasa doctor tarik Khalysh kuar, pastu Khalysh jerit2 kuat tul suara Khalysh (Papa tekejut, trus lupa nak snap pic Khalysh). Doctor letak Khalysh atas perut ibu, Khalysh biru2 pastu ada putih2 mcm selaput kat bdn Khalysh, ibu takut nak angkat mcm licin je, ibu pegang2 je. Papa pun pegang2 Khalysh, pastu nurse angkat bersih2 kan Khalysh. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat, ibu dengar papa Iqamatkan Khalysh, syahdunya... berat Khalysh cuma 2 kilo je ala tommey nye , Khalysh baby tahun lompat, 4thn sekali besday Khalysh... mlm tu Khalysh tido kt nursery under observation doctor sampai esuk pagi.


Khalysh 11.25pm, dah dibersihkan

Jam 9.00 pagi 1 Mac 2008:
Nurse bwk masuk Khalysh dlm bilik ibu, ala kecik sangat ibu tgk Khalysh, baru ibu prasan rambut Khalysh tak sempat nak tumbuh habis, botak kat tgh2 dah mcm rambut paklong dah hehe...Tu la Khalysh nak ekspress sgt, tak sabar2 nak kuar, rambut pun tak sempat tumbuh habis...Pelan2 papa angkat Khalysh bagi kat ibu...Khalysh pejam je mata, malas2 je nak bukak...


pagi pertama dgn Khalysh


1st time pangku Khalysh

Baru dukung2 Khalysh tetiba Khalysh muntah2, papa cepat2 panggil nurse, nurse bwk balik nursery, doctor Khairul cakap Khalysh kene stay kat nursery untuk di observe lagi, sbb Khalysh selalu muntah, so doctor Khairul bagi Khalysh antibiotik. Doctor cakap Khalysh baby premature tak pandai menghisap lagi sbb tu muntah2 so doctor kena masukkan feeding tiub untuk bantu Khalysh makan. Sedih ibu tgk tiub tu kat idung Khalysh, dah la idung tu haluih pastu kena sumbat ngan tiub plak tu...


Khalysh dgn feeding tiub, kepala lak botak kat tgh2, rambut tak sempat nak tumbuh....ih ih ih...

Lepas tu doctor masukkan Khalysh dlm incubator, supaya Khalysh rasa selesa mcm dlm perut ibu, sbb kalau Khalysh tido kat luar Khalysh teketar2 sejuk...doctor letakkan Khalysh dlm incubator utk 2 hari...


Khalysh dlm inkubator


Khalysh dlm inkubator, haluih jer dia...

Jam 9.00 pagi 3 Mac 2008:
Ibu ngan papa gi visit Khalysh kat nursery, Khalysh dah boleh keluar dari incubator, seronoknya dapat dukung2 Khalysh tapi Khalysh still pakai feeding tiub...ibu train Khalysh utk breast feeding walaupun Khalysh tak pandai dan asyik tertido je...nak kejut kan balik punya lah susah... Baby premature mmg mcm ni cepat letih dan selalu tido, kena kejutkan utk makan...Berjam2 ibu ngan papa train Khalysh breast feeding, walaupun tak seterre baby full term tapi Khalysh pandai dan cepat belajar...


Khalysh dah leh tido kat luar


Khalysh jeling papa, 'Sayang papa...'


Khalysh tgk ibu, 'Ibuu nak susu...'

Jam 5.00 ptg 6 Mac 2008:
Ater 6 days Alhamdulillah Khalysh ble discharge dari Naluri Med Ctr, lepas doctor dah puas hati dengan perkembangan Khalysh...ptg tu gak ibu ngan papa betolak balik Penang, happy sgt Khalysh dah dpt tido ngan ibu, tapi as a premature baby Khalysh ada Jaundice so once sampai Penang Khalysh kena trus masuk hosp utk treatment fototherapy pulak...


Yea Khalysh dah ble balik...


Khalysh fototerapi

Jam 3.00 ptg 7 Mac 2008:
Khalysh ibu ngan papa bwk gi Hosp Lam Wah Ee, since Khalysh nya reading agak tinggi jugak, so Khalysh kena pakai 2 lampu atas dan bawah...jerit2 Khalysh duk dlm tu dah la tak de tilam...sedey nye Khalysh dah la tak de isi...dodoi2 Khalysh pun tido...doctor ckp sekurang-kurangnya 2 hari Khalysh kena duk bwh lampu...kesian Khalysh, ibu pun tak le tido tgk Khalysh tido dlm tu...

Jam 12.00 tghhari 9 Mac 2008:
Alhamdulillah lepas 2 hari, result bacaan darah Khalysh doktor cakap ok, so Khalysh dah ble blk umah dah...


khalysh kt hosp lam wah ee dah nak blk dah


dah blk umah dah, at last lepas 8 hari ble golek2 atas katil ngan ibu, YIPPIE!!


tido gaya superman, ni gaya plg Khalysh suka, tak padan kecik, sgt tak suka klau bedung2 ni, tapi ibu bedung jugak... tgk la lengan Khalysh kecik nya...isi pun tak de lagi kedut2 jer...Khalysh minum susu ibu byk2 tau...cepat besaq...


tido tenganga, syoknya...


tido smbil mengumpil tgn kuar dr bedung, usaha besungguh-2 nk kuarkn tgn dpt kuar skit pun jadilaa...ih ih ih Khalysh Najlaa ni...


plg happy kalau tak bedung, ni muka happy Khalysh klau bukak bedung...


kaki comei tak smpai pun 2 jari...


...cute little tiny feet of our princess...(mcm nak gigit2 je rasa... )



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net